Search This Blog

Wednesday, 2 November 2011

nota tambahan 1 (jadual data)

Assalamualaikum...

-seperti dalam nota sebelum ini, jadual data yang tersusun indah, rapi, kemas dan terperinci menjadi satu kelebihan kepada kita dalam membuat graf/carta.

- Terdapat beberapa 'muslihat' dan 'perangkap' yang perlu kita elak dalam menukarkan prosa kepada bentuk jadual data.

-Hati2 dengan perkataan2 seperti 'meningkat sebanyak' @ 'meningkat kepada' @ 'menurun sebanyak' @ 'menurun kepada'

- Contoh: ...tenaga mahir di Malaysia meningkat kepada 3000 orang pada tahun 2011 berbanding 2500 orang pada tahun 2010...

- Penyelesaian,

2010 (2500 orang) 2011 (3000 orang)

berbeza dengan...

...tenaga mahir di Malaysia meningkat sebanyak 3000 orang pada tahun 2011 berbanding 2500 orang pada tahun 2010...

- Penyelesaian


Meningkat sebanyak kena TAMBAH


jadi 2011 = 5500 (3000+2500)


ada soalan?







Tuesday, 1 November 2011

Latihan Jadual Data

Berikut merupakan latihan-latihan jadual data untuk tatapan semua pelajar semua. jgn tgk saja cuba buat k =)


Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf bar yang sesuai bagi menunjukkan jumlah duit simpanan anak-anak En Mohd Nizamul pada tahun 2009 dan tahun 2010.
 ‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’, mengambil pengajaran dari pepatah melayu tersebut, En Mohd Nizamul yang merupakan ‘ayah muda’ telah mendidik anak-anaknya dari kecil lagi terutamnya dalam soal simpanan kewangan. Ilham Jaya Kesuma, Jelita, Mawar Berduri, dan Sofea Sejati yang merupakan anak-anak kesayangan En Mohd Nizamul telah berjaya mengumpul duit simpanan sebanyak RM 385 pada tahun 2009 dan pada tahun 2010 duit simpanan mereka meningkat sebanyak RM 26 menjadi RM 411.
Ilham Jaya Kesuma adalah anak lelaki tunggal En Mohd Nizamul, Ilham Jaya Kesuma mengumpul duit simpanan sebanyak RM120 pada tahun 2010 iaitu peningkatan sebanyak RM20 berbanding tahun 2009. Jelita pula seorang anak yang paling jimat, jumlah simpanan Jelita pada tahun 2009 ialah sebanyak RM210 dan pada tahun 2010 meningkat sebanyak 10 peratus.Mawar Berduri pula mampu menyimpan sebanyak RM50 pada tahun 2009, tetapi pada tahun 2010 duit simpanan Mawar Berduri berkurang sebanyak RM10. Sofea Sejati pula anak yang paling boros, selalu menggilakan pakaian berjenama, selera makanan barat  dan tidak boleh hidup susah sedikitpun . Akibat dari itu, Sofea Sejati hanya menyimpan RM25 pada tahun 2009. 
Walaupun jumlah duit simpanan anak-anak En Mohd Nizamul tidaklah sebanyak mana tetapi sikit-sikit lama-lama mampu jadi bukit dan gunung. Beringat-ingatlah, ‘sediakan perahu sebelum banjir’. =)
(Disesuaikan daripada ‘Fail Sulit’ Keluarga Mohd Nizamul Tugiman, 2010)