Search This Blog

Wednesday 2 November 2011

nota tambahan 1 (jadual data)

Assalamualaikum...

-seperti dalam nota sebelum ini, jadual data yang tersusun indah, rapi, kemas dan terperinci menjadi satu kelebihan kepada kita dalam membuat graf/carta.

- Terdapat beberapa 'muslihat' dan 'perangkap' yang perlu kita elak dalam menukarkan prosa kepada bentuk jadual data.

-Hati2 dengan perkataan2 seperti 'meningkat sebanyak' @ 'meningkat kepada' @ 'menurun sebanyak' @ 'menurun kepada'

- Contoh: ...tenaga mahir di Malaysia meningkat kepada 3000 orang pada tahun 2011 berbanding 2500 orang pada tahun 2010...

- Penyelesaian,

2010 (2500 orang) 2011 (3000 orang)

berbeza dengan...

...tenaga mahir di Malaysia meningkat sebanyak 3000 orang pada tahun 2011 berbanding 2500 orang pada tahun 2010...

- Penyelesaian


Meningkat sebanyak kena TAMBAH


jadi 2011 = 5500 (3000+2500)


ada soalan?







Tuesday 1 November 2011

Latihan Jadual Data

Berikut merupakan latihan-latihan jadual data untuk tatapan semua pelajar semua. jgn tgk saja cuba buat k =)


Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf bar yang sesuai bagi menunjukkan jumlah duit simpanan anak-anak En Mohd Nizamul pada tahun 2009 dan tahun 2010.
 ‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’, mengambil pengajaran dari pepatah melayu tersebut, En Mohd Nizamul yang merupakan ‘ayah muda’ telah mendidik anak-anaknya dari kecil lagi terutamnya dalam soal simpanan kewangan. Ilham Jaya Kesuma, Jelita, Mawar Berduri, dan Sofea Sejati yang merupakan anak-anak kesayangan En Mohd Nizamul telah berjaya mengumpul duit simpanan sebanyak RM 385 pada tahun 2009 dan pada tahun 2010 duit simpanan mereka meningkat sebanyak RM 26 menjadi RM 411.
Ilham Jaya Kesuma adalah anak lelaki tunggal En Mohd Nizamul, Ilham Jaya Kesuma mengumpul duit simpanan sebanyak RM120 pada tahun 2010 iaitu peningkatan sebanyak RM20 berbanding tahun 2009. Jelita pula seorang anak yang paling jimat, jumlah simpanan Jelita pada tahun 2009 ialah sebanyak RM210 dan pada tahun 2010 meningkat sebanyak 10 peratus.Mawar Berduri pula mampu menyimpan sebanyak RM50 pada tahun 2009, tetapi pada tahun 2010 duit simpanan Mawar Berduri berkurang sebanyak RM10. Sofea Sejati pula anak yang paling boros, selalu menggilakan pakaian berjenama, selera makanan barat  dan tidak boleh hidup susah sedikitpun . Akibat dari itu, Sofea Sejati hanya menyimpan RM25 pada tahun 2009. 
Walaupun jumlah duit simpanan anak-anak En Mohd Nizamul tidaklah sebanyak mana tetapi sikit-sikit lama-lama mampu jadi bukit dan gunung. Beringat-ingatlah, ‘sediakan perahu sebelum banjir’. =)
(Disesuaikan daripada ‘Fail Sulit’ Keluarga Mohd Nizamul Tugiman, 2010)

Saturday 1 October 2011

PENGENALAN JADUAL DATA

Assalamualaikum...


  • Jika graf sempurna selaras dengan skema jawapan maka jadual data tidak akan dikira untuk diberikan markah.
  • Tetapi jika graf tidak dapat disiapkan/ tidak buat langsung maka jadual data boleh menyumbang kepada markah. 
  • Markah maksimum Jadual data ialah 3 markah.1/2 markah untuk tajuk, 2 markah untuk butiran nilai dalam data dan 1/2 markah untuk sumber
  • Jadi, jadual data perlu disediakan dengan baik bukan sahaja untuk memudahkan kita membuat graf/carta dengan sempurna tetapi jadual data mampu juga untuk menyumbang markah.
  •  Dalam penyediaan jadual data terdapat 3 elemen penting yang perlu dilengkapkan iaitu:-
        1. Tajuk jadual data
        2. Jadual
        3. Sumber 
  • 1) Tajuk jadual data
    • Tajuk akan menyumbang 1/2 markah (jika xbuat graf)
    • Tajuk yang sempurna menjawab 3 persoalan iaitu:
      1. Dimana berlaku? (tempat)
      2. Apa berlaku? (perkara)
      3. Bila berlaku? (jangka masa)
    • Contoh:-
      • MALAYSIA: JUMLAH TENAGA KERJA DALAM SEKTOR PERKHIDMATAN PADA TAHUN  2002,2003 DAN 2004
    •  Persoalan pertama (dimana berlaku?) - MALAYSIA
    •  Persoalan kedua (Apa berlaku?) - JUMLAH TENAGA KERJA DALAM SEKTOR  PERKHIDMATAN
    •  Persoalan ketiga (Bila berlaku) - TAHUN 2002,2003 DAN 2004
        • p/s: Bila berlaku? -tidak semestinya tahun, bulan dan hari juga dikira sebagai tempoh masa  
  • 2)  Jadual
    • Bagi membuat jadual yang mudah hanya 7 langkah diperlukan. 
    • 7 langkah mudah membuat graf boleh kamu dapatkan daripada saya. 
  • 3) Sumber
    • Menulis sumber adalah satu perkara yang sangat penting untuk memberitahu datangnya data atau maklumat yang diperolehi
    • Sumber terdapat dalam petikan (salin bulat2...hehe =)



 

Thursday 29 September 2011

RUMUS PENTING BAGI MEMBINA GRAF/CARTA

 Assalamualaikum...


- Rumus ini saya permudahkan daripada apa yang guru Pengajian Am saya ajar ketika
saya mengambil STPM (2004). 
- Rumus ini merupakan satu cara mudah untuk kita mencari skala pada graf/carta
yang akan kita buat. 
- Langkah pertama setelah membuat jadual dengan sempurna ialah mencari skala
menggunakan rumus yang telah ditetapkan. Setelah mendapat sesuatu nilai skala itu
perlu dibundarkan kepada angka yang lebih besar.
- Langkah kedua ialah membahagikan semua nilai dalam data dengan skala

- Langkah ketiga ialah kita perlu membuat gambaran graf/carta supaya graf/carta yang
kita buat tidak terlalu besar/kecil.




1. GRAF BAR @ GARIS KOMPONEN
nilai terbesar (jumlah)
                                     15

2. GRAF BAR @ GARIS KOMPAUN
nilai terbesar (nilai dalam data)
                                            15

3. GRAF BAR @ GARIS MEMESONG
nilai terbesar positif – nilai terkecil negatif
                                                     15

4. GRAF BAR PIRAMID KOMPONEN
nilai terbesar (jumlah)
                                         9

5. GRAF BAR PIRAMID KOMPAUN
nilai terbesar (dalam data)
                                      9

6. CARTA PAI
Nisbah jejari = √nilai terbesar
                                              √nilai terkecil


- Kenapa kita perlu bahagi dengan 15??? Jawapan - kerana 1 pembaris pendek 15cm
- Kenapa graf piramid dibahagi dengan 9??? Jawapan - kerana bagi melukis graf piramid kita perlu membuat secara mendatar (bukan menegak seperti graf bar atau graf garis)

PENGENALAN BAHAGIAN D (PROSA KEPADA BENTUK GRAFIK)


Assalamualaikum...

BAHAGIAN D (PROSA KEPADA BENTUK GRAFIK)


 - Bahagian D merupakan bahagian yang menjadi KETAKUTAN bagi kebayakan pelajar dan calon STPM.
-Prosa di sini bermaksud segala maklumat dalam karangan diubah kepada bentuk graf/carta.

-Soalan bahagian ini terdapat dalam kertas 2, Pengajian Am peperiksaan STPM dan calon perlu menjawab satu daripada dua soalan pilihan yang dikemukakan (soalan 7 atau 8)

-Calon dikehendaki mempersembahkan fakta dan maklumat yang terdapat dalam petikan karangan berbentuk prosa atau naratif kepada bentuk grafik iaitu yang berupa jadual data, graf, carta dan bentuk-bentuk komunikasi teknikal yang lain

-Tujuan penilaian ialah:
§ Bagi menguji kecekapan para pelajar mengilustrasikan maklumat dalam bentuk prosa kepada bentuk grafik yang sesuai
§ Menguji kebolehan dan kecekapan pelajar membuat pengiraan matematik mudah yang berasaskan nilai mutlak, peratusan, sudut, jejari dan pengiraan lain yang berkaitan

-Soalan pada bahagian ini menyumbang 15 markah dan masa dicadangkan ialah 40 minit