PENGENALAN JADUAL DATA
Assalamualaikum...
- Jika graf sempurna selaras dengan skema jawapan maka jadual data tidak akan dikira untuk diberikan markah.
- Tetapi jika graf tidak dapat disiapkan/ tidak buat langsung maka jadual data boleh menyumbang kepada markah.
- Markah maksimum Jadual data ialah 3 markah.1/2 markah untuk tajuk, 2 markah untuk butiran nilai dalam data dan 1/2 markah untuk sumber.
- Jadi, jadual data perlu disediakan dengan baik bukan sahaja untuk memudahkan kita membuat graf/carta dengan sempurna tetapi jadual data mampu juga untuk menyumbang markah.
- Dalam penyediaan jadual data terdapat 3 elemen penting yang perlu dilengkapkan iaitu:-
- Tajuk jadual data
- Jadual
- Sumber
- 1) Tajuk jadual data
- Tajuk akan menyumbang 1/2 markah (jika xbuat graf)
- Tajuk yang sempurna menjawab 3 persoalan iaitu:
- Dimana berlaku? (tempat)
- Apa berlaku? (perkara)
- Bila berlaku? (jangka masa)
- Contoh:-
- MALAYSIA: JUMLAH TENAGA KERJA DALAM SEKTOR PERKHIDMATAN PADA TAHUN 2002,2003 DAN 2004
- Persoalan pertama (dimana berlaku?) - MALAYSIA
- Persoalan kedua (Apa berlaku?) - JUMLAH TENAGA KERJA DALAM SEKTOR PERKHIDMATAN
- Persoalan ketiga (Bila berlaku) - TAHUN 2002,2003 DAN 2004
- p/s: Bila berlaku? -tidak semestinya tahun, bulan dan hari juga dikira sebagai tempoh masa
- 2) Jadual
- Bagi membuat jadual yang mudah hanya 7 langkah diperlukan.
- 7 langkah mudah membuat graf boleh kamu dapatkan daripada saya.
- 3) Sumber
- Menulis sumber adalah satu perkara yang sangat penting untuk memberitahu datangnya data atau maklumat yang diperolehi
- Sumber terdapat dalam petikan (salin bulat2...hehe =)
No comments:
Post a Comment