Search This Blog

Thursday, 29 September 2011

PENGENALAN BAHAGIAN D (PROSA KEPADA BENTUK GRAFIK)


Assalamualaikum...

BAHAGIAN D (PROSA KEPADA BENTUK GRAFIK)


 - Bahagian D merupakan bahagian yang menjadi KETAKUTAN bagi kebayakan pelajar dan calon STPM.
-Prosa di sini bermaksud segala maklumat dalam karangan diubah kepada bentuk graf/carta.

-Soalan bahagian ini terdapat dalam kertas 2, Pengajian Am peperiksaan STPM dan calon perlu menjawab satu daripada dua soalan pilihan yang dikemukakan (soalan 7 atau 8)

-Calon dikehendaki mempersembahkan fakta dan maklumat yang terdapat dalam petikan karangan berbentuk prosa atau naratif kepada bentuk grafik iaitu yang berupa jadual data, graf, carta dan bentuk-bentuk komunikasi teknikal yang lain

-Tujuan penilaian ialah:
§ Bagi menguji kecekapan para pelajar mengilustrasikan maklumat dalam bentuk prosa kepada bentuk grafik yang sesuai
§ Menguji kebolehan dan kecekapan pelajar membuat pengiraan matematik mudah yang berasaskan nilai mutlak, peratusan, sudut, jejari dan pengiraan lain yang berkaitan

-Soalan pada bahagian ini menyumbang 15 markah dan masa dicadangkan ialah 40 minit

No comments:

Post a Comment