Search This Blog

Thursday, 29 September 2011

RUMUS PENTING BAGI MEMBINA GRAF/CARTA

 Assalamualaikum...


- Rumus ini saya permudahkan daripada apa yang guru Pengajian Am saya ajar ketika
saya mengambil STPM (2004). 
- Rumus ini merupakan satu cara mudah untuk kita mencari skala pada graf/carta
yang akan kita buat. 
- Langkah pertama setelah membuat jadual dengan sempurna ialah mencari skala
menggunakan rumus yang telah ditetapkan. Setelah mendapat sesuatu nilai skala itu
perlu dibundarkan kepada angka yang lebih besar.
- Langkah kedua ialah membahagikan semua nilai dalam data dengan skala

- Langkah ketiga ialah kita perlu membuat gambaran graf/carta supaya graf/carta yang
kita buat tidak terlalu besar/kecil.




1. GRAF BAR @ GARIS KOMPONEN
nilai terbesar (jumlah)
                                     15

2. GRAF BAR @ GARIS KOMPAUN
nilai terbesar (nilai dalam data)
                                            15

3. GRAF BAR @ GARIS MEMESONG
nilai terbesar positif – nilai terkecil negatif
                                                     15

4. GRAF BAR PIRAMID KOMPONEN
nilai terbesar (jumlah)
                                         9

5. GRAF BAR PIRAMID KOMPAUN
nilai terbesar (dalam data)
                                      9

6. CARTA PAI
Nisbah jejari = √nilai terbesar
                                              √nilai terkecil


- Kenapa kita perlu bahagi dengan 15??? Jawapan - kerana 1 pembaris pendek 15cm
- Kenapa graf piramid dibahagi dengan 9??? Jawapan - kerana bagi melukis graf piramid kita perlu membuat secara mendatar (bukan menegak seperti graf bar atau graf garis)

PENGENALAN BAHAGIAN D (PROSA KEPADA BENTUK GRAFIK)


Assalamualaikum...

BAHAGIAN D (PROSA KEPADA BENTUK GRAFIK)


 - Bahagian D merupakan bahagian yang menjadi KETAKUTAN bagi kebayakan pelajar dan calon STPM.
-Prosa di sini bermaksud segala maklumat dalam karangan diubah kepada bentuk graf/carta.

-Soalan bahagian ini terdapat dalam kertas 2, Pengajian Am peperiksaan STPM dan calon perlu menjawab satu daripada dua soalan pilihan yang dikemukakan (soalan 7 atau 8)

-Calon dikehendaki mempersembahkan fakta dan maklumat yang terdapat dalam petikan karangan berbentuk prosa atau naratif kepada bentuk grafik iaitu yang berupa jadual data, graf, carta dan bentuk-bentuk komunikasi teknikal yang lain

-Tujuan penilaian ialah:
§ Bagi menguji kecekapan para pelajar mengilustrasikan maklumat dalam bentuk prosa kepada bentuk grafik yang sesuai
§ Menguji kebolehan dan kecekapan pelajar membuat pengiraan matematik mudah yang berasaskan nilai mutlak, peratusan, sudut, jejari dan pengiraan lain yang berkaitan

-Soalan pada bahagian ini menyumbang 15 markah dan masa dicadangkan ialah 40 minit